Wednesday 28 January 2015

Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain


Pahang

Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari kesultanan Melaka. Sulatus salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu, untuk membalasnya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.

Baginda kemudiaanya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud.Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah, putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut. Kesannya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor, iaitu Raja Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan Dinasti baru di Pahang, iaitu dari jurai keturunan Kesultanan Melaka-Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.

Rombakan dan konflik berlaku apabila Kerajaan Acheh menyerang Pahang hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Buang di Pahang (ketidakpuasaan hati ini berlaku kerana Acheh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda). Pahang pula duduk di bawah naungan Acheh dan Raja Bujang berundur ke Johor. Acheh serang Johor pada tahun 1623 tetapi kali ini, Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah III sekali gus sebagai Sultan Pahang. 

Friday 23 January 2015

Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain


PERAK

Pengasas Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis, Sultan Mahmud dan anakanda baginda, Sultan Ahmad berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka dan mengelakkan diri dari serangan Portugis. Ketika di Bentan, dan bersemanyam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat dan menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya, Raja Muzaffar dengan puteri kelantan iaitu, Puteri Onang Kening sebagai "Raja Muda". 

Seterusnya, apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan anak, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai Sultan Muda. Apabila Sultan Mahmud Mangkat, Raja Ali telah ditabal menjadi Sultan Johor yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. lalu, Raja Muzaffar membawa diri ke Perak kerana berkecil hati dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.

Hal ini bermakna keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan sehinggan abad ke-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pmerintah Acheh, Sultan Iskandar Muda Thani dan beliau telah melantik saudara sepupunya dari keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong dan digelar Sultan Muzaffar Syah II dan Raja Sulong mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.

Kejatuhan Melaka

Kejatuhan Melaka terbahagi kepada dua faktor:

  • Faktor-faktor Dalaman
  • Faktor-faktor Luaran
Faktor-faktor Dalaman
  • Kelemahan pemerintah Melaka yang kurang cergas dan bijaksana, seorang yang boros, tua dan tidak bermaya, seorang pemerintah yang sering mengabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya.
  • Kelemahan sistem pertahanan  kerana ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan. 
  • Kurangnya perpaduan rakyat . Semangat perpaduan rakyat yang lemah juga mengundang kepada kemerosotan Melaka.Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak dan wujud pertelingkahan kaum antara India-Muslim dan Melayu. 
  • Sikap Pembesar  yang tidak adil seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang. Hal ini menyebabkan pedagang menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Acheh, Bentan dan Pattani.
  • Pegangan Agama yang lemah pegangan dan penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat masih nipis dan tidak dihayati sepenuhnya

Faktor-faktor Luaran
  • Penemuan Tanjung Pengharapan menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli degangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
  • Pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
  • Perisikan dan intipan yang dilaukan oleh pihak Portugis  sehingga pelan kota Melaka dapat disalur keluar.


Sunday 11 January 2015

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka


(i) Faktor Semula jadi atau Geografi
  • Kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsadan berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama, di benua India dan benua China.
  • memiliki kelebihan dari segi kedudukan 'di pertemuan angin monsun' iaitu Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya.
  • Kedudukan Melaka di Selat Melaka kerana selat ini ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang luar untuk kemana-mana destinasi . 
  • Kekayaan sumber asli hasil persekitaran dan hasil hutan .
  • Orang Melayu Pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan . 
  • Emas dan bijh timah menjadi hasil sumber utama di Melaka . 
  • Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton.

(ii) Faktor Ekonomi
  • Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar sebagai barang dagangan yang penting ketika itu . 
  • Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang maju . 

(iii) Faktor Politik dan Pentadbiran
  • Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat ketika itu. 
  • Melaka mempunyai ciri keselamatan dan keentaraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokh kerajaan . 
  • Melaka juga mempunyai tokoh perbendaharaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya . 
  • Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ( lingua franca ) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar . 



Kegemilangan Melaka dari segi kedudukan Geografinya












Pemerintahan Kerajaan Melaka

Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Sistem Pembesar Empat Lipatan 
  • Bendahari merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat keturunan raja. Mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja. Bendahara juga boleh bertindak sebagai Ketua Hakim sekiranya raja tidak ada.

  • Penghulu Bendahari ialah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara dan bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri. Beliau juga menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar.

  • Temenggung berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan. Beliau digelar sebagai Ketua Polis Negara dan menjadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti .

  • Laksamana merupakan pahlawan dalam peperangan, digelar 'raja di laut' dan mengetuai semua pahlawan kerajaan. Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.







Tuesday 6 January 2015

Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal

Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403, seorang duta dari China telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara, Ini telah membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Lalu kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan menjadi raja. Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja disamping sebuah prasasti kepada Parameswara . Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China dan oleh yang demikian kerana, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru ketika itu. 

Senarai Nama Pemerintah dan tahun pemerintahan Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Sultan Iskandar Syah merupakan pemerintah Melaka pertama yang memeluk islam. Sistem pemerintahan disebut 'raja mutlak' yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu. Melaka juga dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya . 

Fungsi Sultan
  • Mempunyai perkenan melantik para pembesar
  • Pentadbir
  • Pelaksana undang-undang dan peraturan
  • Menghakimi perbicaraan
  • Mengawal keselamatan
  • Mentadbir hal ehwal pelabuhan
  • Merancang hubungan antarabangsa
  • Melaksanakan protokol dan adat istiadat istana

Kerajaan-Kerajaan Melayu Melaka

Seperti yang kita ketahui, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia tetapi sebelum Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang agung, kepulauan Asia Tenggara seperti Funan, Srivijaya dan Majapahit telah pun muncul sebagai sebuah kerajaan yang agung . Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang dan Srivijaya adalah sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian Bahasa Sanskrit.

PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

Di dalam kajian terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15 . Pada 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit ( sebuah kerajaan pedalaman di Jawa ). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya undurkan diri ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura sudahpun mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam dan penguasa tempatannya ialah Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam . Parameswara telah bertakhta di Singapura setelah menewaskan penguasa Singapura tersebut. Pada 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas lalu Parameswara mengundurkan diri ke Muar, seterusnya Sening Hujung, Bertam dan akhirnya ke Melaka .

Ketika sampainya Parameswara di Melaka, di sana telah pun wujud perkampungan nelayan dan Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama 'Malaka' dan juga istilah arab iaitu Malaqat yang bermaksud tempat perlindungan yang simbolik kepada Parameswara dan pengikutnya.


Pergerakan Parameswara: Palembang -> Temasik -> Muar -> Melaka