Friday 23 January 2015

Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain


PERAK

Pengasas Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang Portugis, Sultan Mahmud dan anakanda baginda, Sultan Ahmad berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka dan mengelakkan diri dari serangan Portugis. Ketika di Bentan, dan bersemanyam di Kopak, Sultan Ahmad mangkat dan menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya, Raja Muzaffar dengan puteri kelantan iaitu, Puteri Onang Kening sebagai "Raja Muda". 

Seterusnya, apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan anak, kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan sultan Mahmud melantik pula putera baharunya Raja Ali sebagai Sultan Muda. Apabila Sultan Mahmud Mangkat, Raja Ali telah ditabal menjadi Sultan Johor yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. lalu, Raja Muzaffar membawa diri ke Perak kerana berkecil hati dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah.

Hal ini bermakna keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka. Keluarga ini bertahan dalam kerajaan sehinggan abad ke-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak. Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pmerintah Acheh, Sultan Iskandar Muda Thani dan beliau telah melantik saudara sepupunya dari keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong dan digelar Sultan Muzaffar Syah II dan Raja Sulong mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.

No comments:

Post a Comment