Wednesday 28 January 2015

Pengasasan Kesultanan-kesultanan Melayu Lain


Pahang

Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga dari kesultanan Melaka. Sulatus salatin menyebut semasa pemerintahan Melaka Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara, iaitu Tun Besar kerana bermain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda. Oleh itu, untuk membalasnya yang zalim, Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang. Maka, baginda menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.

Baginda kemudiaanya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh tiga orang putera, iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud.Sehingga awal abad ke-17, keturunan baginda yang menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah, putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut. Kesannya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor, iaitu Raja Bujang. Pelantikan Raja Bujang telah memulakan Dinasti baru di Pahang, iaitu dari jurai keturunan Kesultanan Melaka-Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.

Rombakan dan konflik berlaku apabila Kerajaan Acheh menyerang Pahang hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah. Hal ini kerana,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Buang di Pahang (ketidakpuasaan hati ini berlaku kerana Acheh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda). Pahang pula duduk di bawah naungan Acheh dan Raja Bujang berundur ke Johor. Acheh serang Johor pada tahun 1623 tetapi kali ini, Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah III sekali gus sebagai Sultan Pahang. 

No comments:

Post a Comment